• About Your Teeth

    learn more about your dental problem

    read more
  • Dental Examination

    Understand why it is important to see your dentist regularly

    read more
  • Treatment

    See what we specialise in

    read more
  • Our Panels

    Check out the list of panel companies affiliated with us

    read more
  • Our Location

    Click here to find out about our location and opening hours

    read more

Apa itu nafas berbau?

Nafas berbau ialah bau mulut yang tidak menyenangkan dan dikaitkan dengan pengambilan makanan dan penyakit.Masalah berbau ini berlaku pada masa-masa yang tertentu sahaja iaitu selalunya pada waktu pagi selepas bangun tidur. Masalah nafas berbau itu adalah masalah peribadi dan ianya amat memalukan utuk segelintir individu.Untuk memberitahu kawan rapat mengenai nafas berbau adalah satu langkah yang sukar. Seseorang mungkin menghargainya dan sebahagian lagi akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri dan memencilkan diri dari masyarakat. Sekiranya masalah ini berpanjangan, anda mesti berjumpa doktor pergigian untuk pemeriksaan. Oleh itu, adalah penting untuk anda memahami masalah nafas berbau supaya punca masalah ini dapat dirawat.

NAFAS BERBAU ADALAH DISEBABKAN OLEH:

  • Penyakit gusi
  • Kebersihan gigi yang kurang memuaskan
  • Kerosakan gigi(karies gigi)
  • Gigi palsu yang tidak bersih
  • Tabiat bernafas melalui mulut
  • Masalah karang gigi
  • Mulut kering
  • Kelenjar air liur tersumbat

JENIS PENGAMBILAN MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN MULUT BERBAU:

  • Bawang putih
  • Kopi
  • Minuman keras seperti alkohol
  • tembakau
  • Buah tempatan seperti durian
  • Makanan tempatan seperti petai

PENYAKIT YANG BOLEH MENGAKIBATKAN NAFAS BERBAU:

  • Penyakit kencing manis(diabetis)
  • Penyakit salur alimentari(esofagus dan perut)
  • Keradangan pada bahagian tekak
  • Jangkitan paru-paru
  • Penyakit hati
  • Tonsilitis & Sinusitis

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH NAFAS BERBAU:

  • Jika memakai gigi palsu atau aplians orthodontik, mesti menjaga kebersihan alat tersebut.
  • Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan amalkan penggunaan flos dan bahan kumuran
  • Bersihkan lidah dengan mengunakan berus gigi atau tongue scraper.
  • dapatkan rawatan gigi sekurang-kurangnya 2kali dalam setahun
  • Kurangkan minuman yang mengandungi bayak kaffein dan minum lebih banyak air
  • Amalkan pengambilan sayur-sayuran
  • Dapatkan rawatan penyakit gusi dan gigi dengan segera sebelum ianya meradang
  • Elakan tabiat yang tidak sihat seperti merokok dan mengambil minuman keras
  • Kunyah gula-gula getah untuk mengatasi masalah nafas berbau

 

 

 

Written by admin