• About Your Teeth

    learn more about your dental problem

    read more
  • Dental Examination

    Understand why it is important to see your dentist regularly

    read more
  • Treatment

    See what we specialise in

    read more
  • Our Panels

    Check out the list of panel companies affiliated with us

    read more
  • Our Location

    Click here to find out about our location and opening hours

    read more

Cabut gigi

Cabutan gigi ialah proses pengeluaran atau pembuangan gigi daripada tulang rahang.Prosedur ini hanya akan dilaksanakan jika didapati gigi itu tidak boleh diselamatkan atau dikaitkan dengan sebarang masalah patologi atau penyakit.

SEBAB -SEBAB GIGI DICABUT:

  • Kerosakan atau karies gigi yang teruk
  • Penyakit gusi yang berlanjutan(periodontitis) yang menyebabkan kelongaran gigi
  • Keradangan dalam tisu pulpa(pulpitis)
  • Gigi geraham bongsu terbenam dalam rahang tulang
  • Rawatan orthodontik
  • Melibatkan pathologi gigi
  • Apabila gigi susu tidak diganti dengan gigi kekal pada usia yang sepatutnya

PROSEDURE CABUT GIGI

Apabila doktor gigi anda ingin membuat cabutan, anda akan diberi suntikan bius setempat di kawasan tisu mulut berhampiran gigi tersebut. Setelah anda berasa kebas pada gigi yang akan dicabut dan kawasan tisu di sekelilingnya, peralatan khas (elevator,forsep) akan digunakan untuk memudahkan proses cabutan gigi. Anda tidak sepatutnya merasakan kesakitan semasa gigi sedang dicabut, cuma sensasi ‘tekanan’ dan ‘peregangan’ akan dirasai.

APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN SEBELUM PROSES CABUT GIGI?

  • Makan terlebih dahulu sebelum cabut gigi
  • Ambil ubat-ubat harian yang perlu( penyakit kencing manis,darah tinggi)
  • Bawa perskripsi doktor ketika cabut gigi
  • Ubat seperti aspirin(ubat mencairkan darah) harus dielakkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum cabut gigi  kerana ianya akan menyebabkan pendarahan yang banyak semasa proses cabut gigi dijalankan
  • Bawa radiograph yang berkenan dengan proses cabut gigi sekiranya ada

APAKAH YANG ANDA PERLU LAKUKAN SELEPAS CABUT GIGI?

  • Selepas cabutan gigi, pastikan anda :
    • Letakkan dan gigit kain kasa (gauze) yang diberikan ke atas bekas cabutan sekurang-kurangnya 10 minit atau sehingga pendarahan berhenti. Jika pendarahan berterusan, gigit kain atau sapu tangan yang bersih dan segera dapatkan rawatan di klinik pergigian yang berhampiran.
    • Telan air liur
    • Ambil ubat sebagaimana yang diarahkan
    • Makan makanan yang lembut seperti bubur dan minum minuman yang sejuk
  • PASTIKAN ANDA TIDAK MELAKUKAN perkara berikut :
    • Berkumur-kumur dalam masa 24 jam selepas cabutan gigi
    • Mengorek atau mengusik bekas cabutan sama ada dengan lidah atau jari
    • Mengambil makanan atau minuman panas
    • Melakukan senaman berat
    • Merokok
    • Jangan minum minuman dengan mengunakan straw kerana ianya akan menyebabkan pendarahan disebabkan pressure negativnya.

KOMPLIKASI DALAM CABUT GIGI:

  • Soket kering
  • Bekas cabutan bengkak
  • Kesakitan yang berterusan
  • Kebas yang berterusan
  • Pendarahan yang berlanjutan
  • Pembukaan mulut yang terhad(trismus)
  • Jangkitan/infeksi

Dapatkan rawatan dengan segera diklinik atau hospital berhampiran dengan segera jika berlakunya sebarang komplikasi seperti yang dinyatakan diatas.

Written by admin