• About Your Teeth

    learn more about your dental problem

    read more
  • Dental Examination

    Understand why it is important to see your dentist regularly

    read more
  • Treatment

    See what we specialise in

    read more
  • Our Panels

    Check out the list of panel companies affiliated with us

    read more
  • Our Location

    Click here to find out about our location and opening hours

    read more

Gigi palsu

Gigi palsu adalah peralatan yang boleh dipakai dan ditanggal yang digunakan untuk menggantikan gigi yang dicabut dan tisu disekitarnya Gigi palsu boleh dikategorikan kepada beberapa jenis,antaranya ialah:

  1. Gigi Palsu Separuh
  2. Gigi Palsu Penuh
  3. Overdenture

GIGI PALSU SEPARUH

Gigi palsu separuh adalah gigi palsu yang menggantikan beberapa gigi yang telah dicabut dalam rahang gigi untuk mengisi kekosongan pada soket.

GIGI PALSU PENUH

Gigi palsu penuh adalah gigi palsu yang menggantikan semua gigi asli dirahang atas dan rahang bawah serta menggantikan tisu dipersekitarannya.

OVERDENTURE

Overdenture  adalah gigi palsu yang disokong oleh satu atau lebih akar gigi didalam mulut. Sebatang atau dua gigi yang tinggal di dalam mulut tidak dicabut, tetapi dipilih untuk dijadikan gigi sokongan overdentur. Gigi yang dipilih ini dijalankan rawatan akar, dan bahagian korona gigi dipendekkan dan dikontur menjadi akar gigi yang akan menyokong overdentur.

 

JENIS-JENIS BAHAN GIGI PALSU

  1. Gigi Palsu Akrilik
  2. Gigi Palsu Kobalt Kromium

GIGI PALSU AKRILIK-Gigi palsu ini diperbuat daripada plastik sebagai tapak dimana gigi palsu akan diproses ke dalam plastik(akrilik) yang berwarna merah jambu seperti warna gusi.Untuk membantu mengetatkan gigi palsu itu,satu atau lebih cangkuk diletakkan pada gigi palsu.Gigi palsu akrilik lebih murah dan mudah dibuat tetapi ia diselaputi lebih tisu lembut,lebih tebal daripada gigi palsu kobalt kromium dan mudah patah.

GIGI PALSU KOBALT KROMIUM-Rangka gigi palsu ini dibuat daripada logam kobalt dan kromium. Ianya lebih nipis,lebih ringan dan lebih kuat daripada gigi palsu akrilik tetapi kos pembuatannya lebih tinggi.

MENGAPA GIGI PALSU DIPERLUKAN?

Menggantikan gigi yang hilang dengan gigi palsu akan memudahkan anda mengunyah makanan dan bercakap dengan lebih jelas. Apabila banyak gigi yang hilang, otot muka boleh mengendur dan membuatkan wajah kelihatan lebih tua. Gigi palsu juga boleh membantu mengembalikan profil wajah anda, mengembalikan semula senyuman dan membantu meningkatkan keyakinan diri. Ia juga mencegah gigi bersebelahan bergerak ke arah ruang kosong yang terjadi akibat kehilangan gigi.

TUJUAN DAN MANFAAT GIGI PALSU

  1. Mengembalikan fungsi organ kunyah, kerana apabila gigi posterior (belakang) hilang menyebabkan penguyahan yang kurang baik sehingga mengakibatkan pencernaan terganggu.
  2. Memperbaiki estetika (penampilan)
  3. Memperbaiki fungsi bicara (fonetik), apabila kehilangan gigi depan maka huruf F, V, PH tidak dapat terucap dengan baik
  4. Menjaga kesihatan jaringan mulut dan jaringan yang ikut serta dalam proses pengunyahan
  5. Terhindar dari makanan yang menyelip
  6. Mencegah migrasi gigi( gigi bertukar posisi yang asal disebabkan rongga kosong didalam soket gigi)
  7. Mencegah kerosakan gigi yang berlanjutan
  8. Memelihara dan mempertahankan gusi dan jaringan periodonsium (jaringan penyangga gigi)
  9. Lebih berkeyakinan dengan penampilan diri walaupun dengan memakai gigi palsu.

BAGAIMANA GIGI PALSU DISIAPKAN?

Proses pembuatan gigi palsu mengambil masa kira-kira 3-6 kali lawatan.Untuk membuat gigi palsu separuh ianya mengambil masa sekurang-kurangnya 3 kali lawatan manakala untuk membuat gigi palsu penuh ianya mengambil masa 6kali lawatan. Setelah doktor gigi anda menentukan jenis gigi palsu yang terbaik untuk anda, langkah-langkah pembuatan gigi palsu adalah seperti berikut:

  1. Pada lawatan pertama, doktor gigi akan melakukan pemeriksaan gigi dan mengambil acuan pertama. Acuan ini akan digunakan untuk membuat model gigi bagi tujuan merancang dan merekabentuk gigi palsu.
  2. Doktor gigi kemudiannya akan membuat persediaan yang perlu pada gigi mengikut reka bentuk gigi palsu, dan mengambil acuan kedua untuk dijadikan model yang lebih tepat untuk pembuatan gigi palsu.
  3. Peringkat merekod gigitan: Langkah ini adalah untuk merekod gigitan antara rahang atas dan bawah dan mengukur ruang yang ada di antara kedua rahang.
  4. Peringkat percubaan: Pada peringkat ini, satu set awal gigi palsu yang diperbuat daripada lilin dibuat untuk memberi peluang kepada anda untuk mencuba gigi palsu baru. Anda boleh menilai warna dan padanan gigi sebelum gigi diproses.
  5. Peringkat penyudahan: Gigi palsu yang telah siap diproses dimasukkan ke dalam mulut dan pelarasan akan dibuat sehingga anda berasa selesa memakai gigi palsu baru. Arahan akan diberikan mengenai kepentingan membersihkan gigi sedia ada dalam mulut dan cara penjagaan gigi palsu

Anda mungkin akan berasa kurang selesa memakai gigi palsu untuk beberapa minggu pertama sehinggalah anda dapat menyesuaikan diri.Pertuturan dan cara pemakanan akan rasa berbeza dengan pemakaian gigi palsu.

PENJAGAAN GIGI PALSU

Berus dan bilas gigi palsu anda selepas makan dan sebelum tidur. Rendam gigi palsu dalam air biasa yang bersih bila tidak dipakai. Jangan guna air suam atau air panas. Jangan cuba untuk mengubah atau membaiki gigi palsu itu sendiri. Elakkan memakai gigi palsu semasa tidur.

PEMAKAI GIGI PALSU

Untuk pemakai yang memakai gigi palsu pada tahap permulaanya, mulakan dengan memakan makanan yang kecil dan lembut serta makanan yang mudah dikisar oleh gigi. Membaca surat khabar ataupun majalah pada beberapa hari yang pertama boleh membantu pemakai gigi palsu dalam mengatasi masalah pertuturan.Pelekat gigi palsu juga boleh digunakan untuk membantu dalam membiasakan diri dengan pemakaian gigi palsu.Jika didapati mengalami kesakitan disebabkan gigi palsu,tanggalkan gigi palsu itu dengan segera dan dapatkan rawatan daripada doktor gigi yang berhampiran dengan secepat mungkin.

Written by admin