• About Your Teeth

    learn more about your dental problem

    read more
  • Dental Examination

    Understand why it is important to see your dentist regularly

    read more
  • Treatment

    See what we specialise in

    read more
  • Our Panels

    Check out the list of panel companies affiliated with us

    read more
  • Our Location

    Click here to find out about our location and opening hours

    read more

GIGI SENSITIF

Pengenalan

Gigi sensitif ialah rasa ketidakselesaan atau sakit pada gigi. Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi, iaitu enamel atau cementum terhakis hingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin. Dentin terdiri daripada lubang-lubang kecil yang dipanggil tubul. Di hujung tubul-tubul ini terkandung cabang saraf yang berasal dari pulpa gigi (pusat saraf gigi). Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan sesuatu yang sejuk contohnya, cabang saraf di dalam gigi akan distimulasikan dan ini menyebabkan kesakitan gigi sensitif.

Rasa ngilu atau sakit dirasakan apabila lapisan dalam gigi iaitu lapisan dentin atau gusi yang menyusut terdedah kepada:

  • Pengambilan makanan atau minuman panas, sejuk, manis atau masam.
  • Memberus gigi.
  • Bernafas melalui mulut.

Kesakitan yang dirasai adalah bersifat tajam dan seketika

Gigi sensitif juga boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

  • Memberus gigi terlalu kuat dengan teknik yang salah sehingga mencederakan gusi dan mendedahkan akar gigi. Memberus gigi dengan cara mendatar boleh mengakibatkan kengiluan gigi.
  • Penyakit gusi, iaitu penyakit yang menyerang gusi dan tulang yang menyokong gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif.  Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyusutan struktur tulang dan gusi seterusnya menyebabkan pendedahan akar gigi.
  • Pendedahan lapisan dentin yang disebabkan oleh kehausan permukaan gigi yang berlaku secara aktif.
  • Mengetap dan mengasah gigi boleh menghakis lapisan enamel dan mendedahkan lapisan dentin
  • Memakan makanan dan minuman yang berasid dengan kerap, seperti buah-buahan dan jus yang masam, serta minuman bergas yang boleh menyebabkan hakisan lapisan permukaan gigi.
  • Gigi berlubang yang tidak dirawat
  • Tampalan lama pada gigi yang telah retak atau renggang.
  • Pembedahan gusi yang mendedahkan akar gigi. Proses pemutihan gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif.

BAGAIAMANA MENGELAKAN GIGI SENSITIF?

  • Elakan cara memberus gigi secara mendatar
  • Gunakan ubat gigi berfluorida
  • Gunakan berus gigi yang lembut
  • Kurangkan makanan dan minuman yang berasid yang boleh menghakis permukaan gigi.
  • Kekalkan amalan kebersihan mulUT.

RAWATAN UNTUK GIGI SENSITIF:

  • tampal dengan composite dipermukaan gigi yang haus dan sensitif
  • tampal dengan cement GIC
  • gunakan ubat gigi yang khusus untuk gigi sensitif

 

Written by admin