• About Your Teeth

    learn more about your dental problem

    read more
  • Dental Examination

    Understand why it is important to see your dentist regularly

    read more
  • Treatment

    See what we specialise in

    read more
  • Our Panels

    Check out the list of panel companies affiliated with us

    read more
  • Our Location

    Click here to find out about our location and opening hours

    read more

Karies gigi

Karies gigi lebih dikenali sebagai gigi berlubang dikalangan masyarakat Malaysia.Masalah ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja tidak kira usianya daripada budak kecil hingga ke orang dewasa. Ianya boleh berlaku pada gigi susu mahupun gigi kekal.

PEMBENTUKAN KARIES GIGI

Bakteria sentiasa terbentuk diatas permukaan gigi dalam rongga mulut dalam satu lapisan nipis yang dikenali sebagai plak.Perubahan dalam rongga mulut seperti suhu,pH dan sistem ketahanan badan boleh mengganggu hubungan simbiotik normal dan boleh menambah risiko penyakit pergigian.

Selepas makan,bakteria yang ada didalam plak akan bertindakblas dengan gula yang terdapat didalam makanan untuk menghasilkan asid. Asid yang terbentuk akan bertindak ke atas permukaan gigi dengan melembutkan permukaan gigi dengan proses dimineralisasi.Sekiranya asid yang terbentuk ini tidak dineutralkan, ia akan menghasilkan  pembentukan karies.

 

TANDA-TANDA PEMBENTUKAN KARIES GIGI

  • Perubahan pada warna gigi dengan pembentukkan bintik hitam
  • Lubang yang ketara
  • Liang-liang kecil pada permukaan gigi
  • Makanan mudah melekat pada permukaan gigi
  • Rasa sakit dan sensitif serta sengal bila mengambil makanan sejuk/ panas(rasa nyilu)

Kawasan gigi yang mudah terjejas dengan pembentukan karies gigi ialah:

  • Permukaan gigi gerham
  • Celah-celah gigi belakang dan depan
  • Gigi yang ada masalah oklusi seperti gigi yang tersusan rapat antara satu sama lain tanpa sebarang jarak antara dua gigi

JENIS KARIES GIGI:

  • Karies dilapisan enamel
  • Karies dilapisan enamel dan dentin
  • Karies yang merebak ke lapisan pulpa
  • Karies dipermukaan akar

CARA-CARA UNTUK MENCEGAH KARIES:

Amalkan tabiat pemakanan yang sihat

  • kurangkan pengambilan makanan yang bergula dan melekit
  • kurangkan kekerapan mengambil makanan diantara waktu makan utama
  • kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan kordial

Penjagaan mulut yang betul:

  • memberus gigi secara berkesan selepas makan dan sebelum tidur
  • gunakan ubat gigi berfluorida untuk pembentukan gigi yang kuat
  • gunakan flos bagi membersihkan celah-celah gigi

RAWATAN UNTUK KARIES GIGI:

  1. karies yang melibatkan lapisan enamel(karies awal)
  • biasanya tidak sakit dan karies sukar dilihat dengan mata kasar

Rawatan :

  • Rawatan pencegahan dengan sapuan bahan fluorida
  • Tampalan mudah jika lubang agak ke atas.

2.karies yang melibatkan lapisan dentin

  • biasanya sakit dan senga sewaktu makanl dan lubangnya kelihatan ketara dan dalam. Tampalan secepat mungkin

3. Karies yang melibatkan lapisan pulpa

  • Pesakit akan mengalami sakit yang teruk dan berdenyut.Sekiranya dibiarkan sahaja infeksi boleh merebak kebahagian akar gigi.Boleh mengakibatkan gusi bernanah.

    Gigi akan mati dan memerlukan rawatan salur akar dan tampalan seterusnya.Dalam keadaan dimana struktur gigi sudah banyak rosak, korona baru perlu dibuat.

 

 

Written by admin