• About Your Teeth

    learn more about your dental problem

    read more
  • Dental Examination

    Understand why it is important to see your dentist regularly

    read more
  • Treatment

    See what we specialise in

    read more
  • Our Panels

    Check out the list of panel companies affiliated with us

    read more
  • Our Location

    Click here to find out about our location and opening hours

    read more

Rawatan Penyakit Gusi

PENGENALAN

Penyakit gusi ialah bakteria dalam bentuk lekitandan pembentukan plak tidak berwarna pada leher gigi.Penyakit gusi boleh dikelaskan dalam dua kategori iaitu:

  • gingivitis- ia melibatkan gusi
  • periodontitis- apabila gingivitis tidak dirawat dengan sepenuhnya, ia akan menyebabkan periodontitis.

TANDA-TANDA PENYAKIT GUSI:

Penyakit gusi ini bermula dengan sedikit keradangan pada gusi dan melarat sehingga merosakkan tisu lembut serta tulang yang menyokong gigi.Kejadian ini jika dibiarkan berterusan boleh menyebabkan kehilangan gigi.

GINGIVITIS(RADANG GUSI)

Penimbunan plak dan kalkulus membahayakan. Bakteria menyebabkan keradangan gusi yang dinamakan gingivitis di mana gusi menjadi merah, bengkak dan mudah berdarah.

PERIODONTITIS

Jika gingivitis tidak dirawat, periodontitis akan terjadi. Periodontitis menyebabkan gusi tertarik menjauhi leher gigi dan membentuk poket yang terinfeksi. Toksin yang dihasilkan oleh bakteria boleh memusnahkan tulang dan tisu penghubung yang berfungsi sebagai tapak pemegang gigi.

KOMPLIKASI RAWATAN GUSI

Jika tidak dirawat tulang, gusi dan tisu berhampiran yang menyokong gigi akan musnah. Gigi mungkin menjadi longgar dan perlu dicabut.

FAKTOR -FAKTOR YANG BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT GUSI:

  • Merokok
  • Diabetes,AIDS,Leukemia
  • Kadar tekanan yang tinggi
  • Diet yang tidak seimbang
  • Immuniti yang rendah

KESAN-KESAN PENYAKIT GUSI

  • Gusi akan mula mengecut dan terdapat jurang diantara gigi dan gusi yang akan menyebabkan makanan terperangkap di perantaraan gigi dan gusi.
  • Halitosis( nafas berbau)
  • Gusi bernana(abscess)
  • Gusi berdarah
  • Gigi goyang

RAWATAN:

Penskaleran untuk membuang karang gigi (plaque, calculus)- Gingivitis

  • Terdapat beberapa pembedahan untuk penyakit periodontium termasuk:
    • Pembersihan terbuka – kalkulus dibuang dari permukaan akar gigi di dalam poket.
    • Grafting tulang – tulang pesakit atau tulang tiruan diletakkan dalam kawasan yang terlibat (contoh: kawasan kehilangan tulang).
    • Regenerasi Tisu Terkawal – Membran diletakkan di antara tulang dan gusi untuk menggalakkan pertumbuhan tisu periodontium.

 

Written by admin