• About Your Teeth

    learn more about your dental problem

    read more
  • Dental Examination

    Understand why it is important to see your dentist regularly

    read more
  • Treatment

    See what we specialise in

    read more
  • Our Panels

    Check out the list of panel companies affiliated with us

    read more
  • Our Location

    Click here to find out about our location and opening hours

    read more

RAWATAN SALUR AKAR

APAKAH ITU RAWATAN SALUR AKAR?

Rawatan kanal akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah rosak teruk di mana tisu pulpa telah dijangkiti atau telah mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.

CIRI-CIRI GIGI YANG MEMERLUKAN RAWATAN AKAR:

  • Gigi yang mempunyai tampalan besar dan diindikasikan untuk pembuatan korona kadang- kadang perlu rawatan kanal akar dilakukan terlebih dahulu untuk peletakan tiang dan teras.
  •  Gigi yang telah mati(non-vital)
  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.

KEBAIKAN RAWATAN AKAR

  • Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak dapat dibersihkan dan tidak perlu dicabut supaya gigitan dan fungsi gigi di dalam rahang dapat dikekalkan.

Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak dapat dibersihkan dan tidak perlu dicabut supaya gigitan dan fungsi gigi di dalam rahang dapat dikekalkan.

Prosedur Rawatan Salur Akar

  • Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temu janji bergantung kepada tahap kerumitannya.
  • Radiograf periapikal gigi akan diambil sebelum rawatan bermula. Ini adalah untuk melihat bilangan dan keadaan akar gigi yang bermasalah tersebut (Gambar 1)
  • Bahagian enamel dan dentin gigi akan dibersihkan dahulu di mana karies dibuang (Gambar 2), seterusnya tisu pulpa yang reput akan dibuang dari kanal akar dan kanal dibentuk (Gambar 3 & 4) dan dibersihkan dengan bahan disinfeksi (Gambar 5). Apabila selesai proses pembersihan, ubat dimasukkan ke dalam kanal akar dan kaviti pada bahagian korona gigi ditutup dengan tampalan sementara.

  • Pada lawatan seterusnya, kanal akan dibersihkan semula dan ditampal menggunakan bahan tampalan akar (Gutta Percha) jika tiada sebarang tanda dan gejala (Gambar 6).
  • Gigi akan ditampal tetap selepas rawatan kanal akar selesa.

Radiograph periapical gigi

Karies pada korona dibuang

kanal sedang dibentuk

kanal yang telah dibentuk

kanal dibersihkan dengan saline

kanal telah ditampal

BAGAIMANA PENJAGAAN GIGI YANG TELAH MENDAPAT RAWATAN SALUR AKAR?

  • Berus gigi sekurang-kurangnya 2kali sehari
  • Kurangkan kekerapan mengambil makanan manis
  • Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala

 

 

 

 

Written by admin