• About Your Teeth

    learn more about your dental problem

    read more
  • Dental Examination

    Understand why it is important to see your dentist regularly

    read more
  • Treatment

    See what we specialise in

    read more
  • Our Panels

    Check out the list of panel companies affiliated with us

    read more
  • Our Location

    Click here to find out about our location and opening hours

    read more

Rawatan selan fisur

Permukaan mengunyah (occlusal) gigi adalah empat kali ganda lebih berpotensi untuk mendapat kerosakan gigi berbanding permukaan gigi yang licin .

APA ITU SELAN FISUR?

Selan fisur ialah suatu bahan plastik khas yang digunakan di hospital serta klinik pergigian untuk menutup lubang-lubang kecil(pit) dan alur yang dalam(fissure)pada permukaan mengunyah gigi geraham.Lapisan ini mencegah pengumpulan bakteria dan makanan dipermukaan tersebut.

MENGAPA RAWATAN SELAN FISUR DIPERLUKAN?

Kerosakan gigi-gigi dalam beralur dapat dicegah jika rawatan selan fisur dilakukan sekali dengan penjagaan kesihatan pergigian yang baik dan diet yang sihat.

SIAPA YANG MEMERLUKAN RAWATAN SELAN FISUR?

Kanak-kanak yang mempunyai:

  • kerosakan pada gigi susu.
  • Kerosakan gigi melibatkan sebatang atau lebih gigi molar kekal pertama dan kedua.

Kanak-kanak dengan:

  • Keperluan khas; contoh: kanak-kanak istimewa, masalah perubatan dan taraf sosial rendah.
  • Kerosakan gigi yang teruk semasa kegigian campuran (gigi susu dan gigi kekal).

Bila Rawatan Selan Fisur dilakukan?

Rawatan ini dilakukan ke atas gigi beralur dalam yang telah tumbuh sepenuhnya bagi memudahkan kawalan lembapan.

Bagaimana Rawatan ini Dilakukan?

Gigi dibersihkan dan dikering sebelum rawatan selan dilakukan. Bahan selan disapu ke atas permukaan gigi tersebut untuk menutupi alur dalam dan lubang-lubang kecil (pits). Gigi dilindungi sepenuhnya apabila selan keras.

alt alt
Semasa rawatan Selepas rawatan

 

Written by admin