• About Your Teeth

    learn more about your dental problem

    read more
  • Dental Examination

    Understand why it is important to see your dentist regularly

    read more
  • Treatment

    See what we specialise in

    read more
  • Our Panels

    Check out the list of panel companies affiliated with us

    read more
  • Our Location

    Click here to find out about our location and opening hours

    read more

ulser mulut

APAKAH ITU ULSER MULUT?

Ulser mulut ialah  sebarang jenis ulser dalam rongga mulut.

APAKAH YANG MENYEBABKAN ULSER MULUT?

  • Punca dari kecederaan (trauma) fizikal seperti tergigit atau terkena alat-alat tajam
  • Kekurangan setengah zat-zat seperti zat besi, asid folik dan vitamin B 12.
  • Daya tahan badan yang berkurangan
  • Jangkitan bakteria, virus atau kulat.
  • Alahan / reaksi alergik
  • Faktor keturunan
  • Kesan –kesan radioterapi / kimioterapi
  • Kesan-kesan dari penyakit sistemik
  • Kanser mulut
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui (ulser afta)

Apakah ulser afta?

Ulser afta juga dikenali sebagai kudis mulut. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada secara sebiji atau berbilang biji. Ia selalu sembuh tanpa meninggalkan parut.

Apakah ciri-ciri ulser afta?

Ulser afta merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan. Ulser ini boleh mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.

Apakah gejala yang timbul berkaitan dengan ulser afta?

Ia sering dihubungkaitkan dengan :

  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lamakah ulser afta akan sembuh?

Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 – 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 – 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Komplikasi ulser afta

Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Pesakit mungkin menghadapi kesukaran semasa makan.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :

  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.

Kalau ulser berlanjutan lebih daripada 2minggu, jumpa doktor di klinik pergigian dengan segera.

 

Written by admin